Friday, July 22, 2011

belajar terima kenyataan

Assalamualaikum..

untuk menerima yang kita tidak mendapat keputusan exam seperti yang kita harapkan bukan senang. tipulah kalau kita kata kita okey sebab sedikit sebanyak mesti ada rasa kecewa itu bukan. aku pun tak terkecuali. sebab itu aku cuba untuk tidak bertanyakan keputusan orang lain. dua orang bertukar result exam antara satu sama lain, salah seorang mesti akan kecewa. aku pasti itu akan berlaku. dan aku sangat mahu cuba elakkan perkara itu berlaku. perasaan kita sangat complicated. dan aku takut kalau aku yang lebih kecewa bila tahu keputusan orang lain. walaupun aku selalu berfikir, aku boleh cool dalam bab-bab result ni tapi hati  selalu tak sama dengan apa yang di katakan oleh mulut. selalu berlawanan arah. haishh. tambahan pula, sekarang  aku di kuantan. tiada wajah mak yang mampu menenangkan jiwa.so, better i just  keep silent before it hurt me more. but still aku try untuk tidak lupa menyebut one word after get the result.


mudah-mudahan dengan menyebut Alhamdullillah, jiwa akan lebih tenang.dan cuba untuk menerima kenyataan. dan juga cuba untuk memahami takdir Allah itu indah. pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah itu adil dan lebih mengetahui.


perjalanan hidup masih panjang. errr maybe pendek. sebab kita tak tahu bukan bila kematian kita. cuma apa yang aku perlu buat sekarang, just think positive and move on to get a better life.and say "i can do it"..yes, i can do it.


 doa. just terus berdoa. Allah pasti mendengar doa kita. semoga satu hari nanti kita dapat apa yang kita impikan. jatuh sekarang bukan bermakna kita tak akan bangkit lagi pada masa akan datang. mungkin jatuh sekarang yang membuatkan kita lebih tabah menghadapi masa hadapan. 


notakaki:: motif buat entry ni??mungkin aku sedang berusaha menyedapkan hati yang dilanda sedikit kekecewaan.

1 coretan:

nana89 said...

http://theblackred.blogspot.com/2011/08/segmen-mari-like-pic-aseta.html