wajah sebelum dan selepas voldemort ambik injection anti penuaan. confirm fail jadi duta kecantikan.
![]() | |
| sebelum(hensem mak aii) |
![]() |
| selepas(Allah..mengucap panjang tengok hidung dia) |
hari ini dalam sejarah untuk 22 tahun bernafas dekat bumi ni, menonton dua kali filem di pawagam. tepuk tangan untuk filem harry potter sebab berjaya buat aku buang duit semata-mata nak tengok hidung penyet si voldemort ni. oh tidakkk. aku sudah jatuh sukakah dengan voldemort. tapi serious aku rasa voldemort hensem time dia mampus. haha. dua kali aku tengok dia mati, dua kali aku menangis. ok. tipu. gelak ada la.lagi pun aku rasa voldemort ni tak da lah jahat sangat. voldemort ni cool je. walaupun hidung dia macam tu, tak dak pun dia rasa rendah diri. dia still rasa dia terhebat, terhensem. maybe.dia ni cuma kurang kasih sayang je. kalau kita nasihat sikit, tarbiah sikit, mungkinkah dia akan berubah? apa-apa jelah kan. janji dia mati last sekali. itu satu kepuasan.heh.
cuma kali ni lagi best. sebab apa? because it is 3D. hoyeah. aku memang tak suka 3D sebab aku ada pengalaman buruk dengan 3D. tapi kali in tidak. HE-WHO-CANNOT-BE-NAMED berjaya mengubah persepsi aku tentang 3D. dan semestinya 3D sangat best. buatkan aku boleh rasakan 'avada kedavra' seperti ditujukan kepada aku. ok. sangat tipu. untuk 3D, part yang paling best adalah waktu profesor-profesor hogwart buat charm untuk melindungi hogwart dah pihak voldemort cuba runtuhkan charm tersebut. dan part naga semburkan api. seyes terasa macam dia sembur api kat muka aku je.
dan semestinya dalam best mesti ada yang tak best. thanks a lot tu pak cik-pak cik penjaga pintu masuk hall 8 sebab sembang dengan kuatnya. rosak tau tak. rosak konsentrasi aku. gua mahu dengar voldemort cakap, bukan dengar lu punya cerita lah. kali ini jugak, dah tak de dah sesi ulang alik ke tandas kerana terlebih kesejukan seperti mana professor mcgonagall protect hogwart dari voldermort, seperti itu juga aku dan amal protect diri kami daripada kesejukan melampau.
notakaki::mungkinkah ada kali ketiga??maybe....=)


6 coretan:
hidong penyet voldmort. hehe.
bes sgt ke citer ni smpi nk tgk kali ke 3? hehe
encik JI:: untuk peminat harry potter macam saya, konfem akan cakap harry potter best sangat-sangat.. ;p
hahaha..kan3...x best langsung pakcik2 kat belakang tu...walaupun voldemort x de hidung,tapi dia sentiasa hidung tinggi...
amal::hahaha..hidung tinggi..yes.. betul2..
dia memang cool.. hehe :)
ken::yeah..absolutely cool..=)
Post a Comment