sejak dua menjak ni, selalu pulak aku tengok kemalangan.tempat yang sama pulak tu. seram sejuk pulak dibuatnya. asal lalu tempat tu je, mula lah rasa nak mengucap siap-siap. punya lah takut.aku ingat lagi, aku pernah tengok kemalangan dekat langgar, kedah. tak pastilah nak kata eksiden ke apa. just aku nampak mayat di usung. kena pulak waktu aku tengok tu, aku nampak tangan dia terkeluar. damn. pucat jugaklah muka aku masa tu. terus ayah suruh jangan tengok. seminggu jugak lah ingat benda tu.gila bagi efek. aku bukan apa. untuk orang lemah semangat macam aku, kemalangan tu benda yang aku tak suka. eh, ada ke orang suka kemalangan?yang aku tak faham lah kan, kalau dah tau tempat tu, berkemungkinan besar nak jadi kemalangan, awat orang yang lalu tempat tu tak ambil langkah berjaga-jaga. contohnya, perlahankan kenderaan ke, bagi sepenuh tumpuan ke. ko pergi kelas memandu kot. tak kan tak belajar macam mana bila kereta kita stop kat simpang, asas kot. then, kalau dah aku kereta ko tengah turun bukit, belajar la tekan brek tu. janganlah dok gedik tekan minyak lagi. nak lintas tu tengok kiri kanan. dari kecik dah belajar kot.okey, selesai satu hal.
satu hal lagi, serius aku tak berapa suka dengan pemandu kat kuantan ni(aku duduk kuantan, jadi aku memang cerita pasal pemandu kat kuantan jelah). mereka-mereka yang bijak ni selamba yaya je potong tanpa bagi signal. kalau jauh, i don't care. tapi ni dekat kot. agaknya kalau kereta yang ko potong tu tak sempat tekan brek tu, agaknya memang kena sondol lah kete engkau.satu lagi, potong kereta depan ikut line kiri. hello, potong kereta kena guna line kanan okey. yang engkau kalut sangat tu kenapa. dah tak tahan nak g tandas ke?untuk musim hujan macam sekarang ni, apa kata pemandu-pemandu ni cuba sabarkan hati tu sikit. hujan-hujan ni dah la tak nampak, ko pulak pandu macam ribut. habis terpercik air dekat kenderaan orang lain. apa kes. kalau terbabas macam mana. tau lah kereta engkau to hebat. hujan kot, tak payahla engkau tunjuk ego engkau tu kat jalan raya.
hal yang lain pulak, orang-orang yang bertanggungjawab tu, kalau dah tau tempat tu kawasan kemalangan, ambil lah langkah penyelesaian cepat-cepat. buatlah traffic light ke, letak papan tanda ke, apa-apa je la. ni tak, lambat benar nak tunggu tindakan korang.tak kan nak tunggu ada orang mati, baru engkau nak gelabah kot.penat dah menulis. aku pun tak tau lah point aku nampak macam bijak ke bodoh. cuma ikhlas keluar dari hati. cuma satu je, sebab mungkin aku bukan pemandu kenderaan, jadi, aku kurang memahami isi hati pemandu. mungkinlah.
1 coretan:
hal percik air tu, kan siap ada papan tanda lagi kata sila hormati kenderaan yang lebih kecil...hahah...
Post a Comment